bergambar berlatarkan sebatang pokok sakura, bersama anak-anak PERMATA dan Pendidik...
say "peace"...... (",)
Hari ketiga....20/03/2013
Mesyuarat PIBP PAPN Serkam Bil.1/2013 bersama En. Imran Pegawai Paksi PAPN Serkam daripada HQ PERMATA..
(berjalan dalam mode : santai)
Hari kedua 19/03/2013...berlangsungnya aktiviti bersama anak-anak disertai oleh Ibu Bapa dan Pendidik....jom kita saksikan telatah anak-anak COMEL ini...
Muat turun Borang Permohonan PERMATA dari menu Muat Turun di Laman Web Rasmi atau Blog Rasmi PERMATA (Muat turun Borang)
Isi borang tersebut selengkapnya dengan maklumat yang benar sahaja
Sertakan salinan fotostat:-
MyKid Anak
MyKad kedua Ibu dan Bapa atau Penjaga
Salinan Slip Gaji atau Penyata Kewangan yang telah disahkan
Salinan Rekod Kesihatan Anak yang terbaru
Sekiranya bekerja sendiri, tuan/puan bolehlah membuat satu surat yang ditaip atau ditulis tangan mengesahkan status pekerjaan dan pendapatan tuan/puan dan surat ini hendaklah disahkan sebagai benar/betul oleh mana-mana Penjawat Awam dari Kumpulan Pentadbiran Gred A dan ke atas (Gred 41 ke atas)/penghulu mukim/ketua kampung.
Permohonan yang didapati disertakan dengan maklumat palsu, sekiranya diketahui, akan menyebabkan anak tuan/puan ditamatkan dari menyertai Program PERMATA dengan notis.
Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00.
Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00.
Bagi Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Putrajaya dan Presint 16, keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan sokongan 3 seperti berikut:
Pemandu
Pembantu Am Rendah
Pengawal Keselamatan
Pasangan yang tidak bekerja
Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh: masalah penceraian, digantung tidak bertali dll.).
Keputusan Permohonan Kemasukan Anak ke PAPN
Surat Tawaran untuk mengikuti Program PERMATA Negara akan dihantar kepada ibu bapa yang berjaya sekurang-kurangnya sebulan selepas pemilihan anak.
Penamatan Anak dari Program PERMATA Negara
Penamatan anak dari Program PERMATA Negara akan dibuat sekiranya berlaku sebarang penipuan dalam permohonan kemasukan Anak ke PAPN.
Notis penamatan satu (1) bulan akan diberikan kepada ibu bapa dan sebarang alasan/rayuan tidak akan dilayan.
Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.
Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:
i. Berumur satu hingga empat tahun ii. Menetap di pinggir atau luar bandar iii. Keluarga berpendapatan rendah iv. Berbilang kaum dan agama
Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan
Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.
Kajian pembangunan psikopatologi terhadap perkembangan sel-sel otak bahawa terdapat satu tempoh kritikal dalam pembelajaran di peringkat awal umur kanak-kanak di mana lebih banyak sinaps dapat dibentuk dan dikekalkan sekiranya sel-sel ini dirangsang dari peringkat awal
Bukti dari kajian neurosains menunjukkan 3 tahun pertama adalah penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Dengan rangsangan yang betul dalam keadaan ceria dan gembira, otak kanak-kanak akan berkembang segar.