Saturday 20 April 2013

Pada hari jumaat yang indah...
 bergambar berlatarkan sebatang pokok sakura, bersama anak-anak PERMATA dan Pendidik ...














say "peace"...... (",)




Hari ketiga....20/03/2013
Mesyuarat PIBP PAPN Serkam Bil.1/2013  bersama En. Imran Pegawai Paksi PAPN Serkam daripada HQ PERMATA..
(berjalan dalam mode : santai)






































Hari kedua 19/03/2013...berlangsungnya aktiviti bersama anak-anak disertai oleh Ibu Bapa dan Pendidik....jom kita saksikan telatah anak-anak COMEL ini...





























































Cara Memohon ke PERMATA


Cara Memohon Ke PERMATA

  1. Cara-cara memohon:-
    • Muat turun Borang Permohonan PERMATA dari menu Muat Turun di Laman Web Rasmi atau Blog Rasmi PERMATA (Muat turun Borang)
    • Isi borang tersebut selengkapnya dengan maklumat yang benar sahaja
    • Sertakan salinan fotostat:-
    1. MyKid Anak
    2. MyKad kedua Ibu dan Bapa atau Penjaga
    3. Salinan Slip Gaji atau Penyata Kewangan yang telah disahkan
    4. Salinan Rekod Kesihatan Anak yang terbaru
  2. Sekiranya bekerja sendiri, tuan/puan bolehlah membuat satu surat yang ditaip atau ditulis tangan mengesahkan status pekerjaan dan pendapatan tuan/puan dan surat ini hendaklah disahkan sebagai benar/betul oleh mana-mana Penjawat Awam dari Kumpulan Pentadbiran Gred A dan ke atas (Gred 41 ke atas)/penghulu mukim/ketua kampung.
  3. Permohonan yang didapati disertakan dengan maklumat palsu, sekiranya diketahui, akan menyebabkan anak tuan/puan ditamatkan dari menyertai Program PERMATA dengan notis.
 

Syarat Kelayakan Anak PERMATA


Syarat Kelayakan Anak PERMATA

Syarat-syarat pemilihan Anak PERMATA Negara
  • Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00.
  • Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00.
  • Bagi Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Putrajaya dan Presint 16, keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan sokongan 3 seperti berikut:
  1. Pemandu
  2. Pembantu Am Rendah
  3. Pengawal Keselamatan
  4. Pasangan yang tidak bekerja
  • Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh:  masalah penceraian, digantung tidak bertali  dll.).
 
Keputusan Permohonan Kemasukan Anak ke PAPN
  • Surat Tawaran untuk mengikuti Program PERMATA Negara akan dihantar kepada ibu bapa yang berjaya sekurang-kurangnya sebulan selepas pemilihan anak.
 
Penamatan Anak dari Program PERMATA Negara
  • Penamatan anak dari Program PERMATA Negara akan dibuat sekiranya berlaku sebarang penipuan dalam permohonan kemasukan Anak ke PAPN.
  • Notis penamatan satu (1) bulan akan diberikan kepada ibu bapa dan sebarang alasan/rayuan tidak akan dilayan.

Falsafah & Fokus PERMATA Negara


Falsafah dan Fokus PERMATA Negara

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.
  • Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:

    i. Berumur satu hingga empat tahun
    ii. Menetap di pinggir atau luar bandar
    iii. Keluarga berpendapatan rendah
    iv. Berbilang kaum dan agama
  • Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan
  • Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir  hingga ke usia pra persekolahan.


    1. Kajian pembangunan psikopatologi terhadap perkembangan sel-sel otak bahawa terdapat satu tempoh kritikal dalam pembelajaran di peringkat awal umur kanak-kanak di mana lebih banyak sinaps dapat dibentuk dan dikekalkan sekiranya sel-sel ini dirangsang dari peringkat awal
    2. Bukti dari kajian neurosains menunjukkan 3 tahun pertama adalah penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Dengan rangsangan yang betul dalam keadaan ceria dan gembira, otak kanak-kanak akan berkembang segar.