Saturday 20 April 2013

Syarat Kelayakan Anak PERMATA


Syarat Kelayakan Anak PERMATA

Syarat-syarat pemilihan Anak PERMATA Negara
  • Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00.
  • Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00.
  • Bagi Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Putrajaya dan Presint 16, keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan sokongan 3 seperti berikut:
  1. Pemandu
  2. Pembantu Am Rendah
  3. Pengawal Keselamatan
  4. Pasangan yang tidak bekerja
  • Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh:  masalah penceraian, digantung tidak bertali  dll.).
 
Keputusan Permohonan Kemasukan Anak ke PAPN
  • Surat Tawaran untuk mengikuti Program PERMATA Negara akan dihantar kepada ibu bapa yang berjaya sekurang-kurangnya sebulan selepas pemilihan anak.
 
Penamatan Anak dari Program PERMATA Negara
  • Penamatan anak dari Program PERMATA Negara akan dibuat sekiranya berlaku sebarang penipuan dalam permohonan kemasukan Anak ke PAPN.
  • Notis penamatan satu (1) bulan akan diberikan kepada ibu bapa dan sebarang alasan/rayuan tidak akan dilayan.

No comments:

Post a Comment