Saturday 11 January 2014

MINGGU ORIENTASI ANAK-ANAK BARU PAPN SERKAM 
8 - 10 JANUARI 2014

Cepat sekali masa berlalu dan kita dah pun melangkah ke tahun baru 2014. Sepanjang tahun sebelumnya banyak sekali pengalaman dan kenangan suka duka yang ditempuhi. Maka dengan itu, warga kerja PAPN Serkam ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas segala kekurangan di tahun 2013 dan kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua! Semoga permulaan tahun 2014 ini, kita dapat memperbaiki segala kekurangan agar dapat memajukan lagi diri. 

Pada minggu pertama bulan Januari yang lalu telah berlangsungnya minggu orientasi selama 3 hari iaitu bermula 8 Januari hingga 10 Januari bagi menyambut kedatangan anak-anak baru seramai 13 orang yang berusia 2 hingga 4 tahun. Alhamdulillah makin besar keluarga PAPN Serkam.... :)


~ Hari Pertama ~
** Ibu bapa sedang tekun mendengar taklimat **

  ** sementara anak-anak tekun bermain **


~ Hari Kedua ~
** Alhamdulillah..anak-anak semakin suka datang ke PAPN. Senang hati cikgu! :) **

** Aktiviti hari ke-2 adalah bermain musical chair **

** Waktu makan tengahari anak-anak lama didudukkan bersama anak-anak baru **

 ~ Hari Ketiga ~
 ** Pada hari ke-3 anak-anak baru sudah boleh ikut rutin dengan bantuan cikgu dan anak-anak lama. Jemput makan kawan-kawan! :) **
** Anak-anak baru dan lama tidur dengan ditemani cikgu Akma **

Setelah berakhirnya minggu orientasi pada Jumaat yang lepas, diharapkan anak-anak baru lebih bersedia dan bersemangat untuk hadir ke PAPN. Begitu juga dengan anak-anak lama. Dan menjadi harapan besar bagi kami warga kerja PAPN Serkam agar ibu bapa dapat memberikan komitmen serta kerjasama dalam membantu  untuk mendidik anak-anak. 

Bersihkan diri sucikan hati,
Tahun baru kian menanti,
 Layak mentari terangi bumi,
 Bangkitkan semangat dalam diri.

Selamat Tahun Baru 2014.
Semoga semua selamat dan sejahtera! 

No comments:

Post a Comment